AKADEMI ASSHAFY
PENGENALAN

KENALI AKADEMI ASSHAFY
Selamat datang ke Akademi Asshafy, sebuah pusat pengajian yang didedikasikan untuk memartabatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab. Kami percaya bahawa pendidikan berlandaskan Al-Quran dan sunnah adalah asas untuk melahirkan generasi yang beriman, berilmu, dan berakhlak mulia.
Akademi Asshafy telah ditubuhkan pada tahun 2018. Dalam tempoh beberapa tahun beroperasi, program pengajian di Akademi Asshafy telah menarik penyertaan pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat dari Semenanjung Malaysia.
Tenaga pengajar di Akademi Asshafy terdiri daripada barisan pendidik yang berkemahiran tinggi dalam pengajian Bahasa Arab dan ilmu agama. Para tenaga pengajar kami berkelulusan dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara serta memiliki ijazah dalam pengajian Al-Quran melalui riwayat Hafz dari Asim dan riwayat-riwayat lain.
Akademi Asshafy merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang menawarkan program pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, dan Tahfiz Al-Quran secara sistematik dan komprehensif di Malaysia. Akademi Asshafy menawarkan pelbagai program yang dirancang secara khusus untuk memenuhi keperluan pelajar dari semua peringkat umur, bermula daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa.
Kami komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang berpusatkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk generasi yang cemerlang dunia dan akhirat. Kami menawarkan pelbagai program pengajian yang dirancang khas untuk memenuhi keperluan pembelajaran, antaranya:
- Talaqqi Bersanad
- Tahsin Tilawah
- Tahfiz Kanak-kanak
- Tahfiz Dewasa
- Tajwid
- Qiraati
- Qiraati Dewasa
- Bahasa Arab Komunikasi
- Bahasa Arab Kanak-Kanak
- Tatabahasa Bahasa Arab
- Persediaan UPKK
Program-program ini direka untuk memastikan pelajar menerima pendidikan yang berkualiti tinggi, selari dengan nilai-nilai Islam.
Sesi pembelajaran di Akademi Asshafy dilaksanakan melalui dua kaedah utama, iaitu secara dalam talian dan bersemuka. Sesi pembelajaran atas talian dilaksanakan melalui platform Zoom Meeting, membolehkan pelajar mengikuti kelas di mana sahaja mereka berada.
Kelas secara bersemuka pula akan diadakan bertempat di Akademi Asshafy, Lot 826, No. 1A, Tingkat 2 (di atas Farmasi Muammar), Kampung Tok Buak, Tendong, 17030 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.
Jom bersama kami di Akademi Asshafy dan jadikan perjalanan menuntut ilmu ini satu pengalaman bermakna!

VISI
Menjadi pusat pendidikan Al-Quran dan Bahasa Arab yang unggul dalam melahirkan masyarakat celik Al-Quran, mahir berbahasa Arab, dan berakhlak mulia
MISI
Menyediakan Pendidikan Berkualiti: Memberikan pendidikan Al-Quran dan Bahasa Arab secara komprehensif melalui kursus-kursus seperti tahsin tilawah, qiraati, tahfiz, talaqqi bersanad, Tajwid dan penguasaan Bahasa Arab
AKADEMI ASSHAFY