
PENGENALAN
Selamat datang ke Akademi Asshafy, sebuah pusat pengajian yang didedikasikan untuk memartabatkan ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab. Kami percaya bahawa pendidikan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah asas untuk melahirkan generasi yang beriman, berilmu, dan berakhlak mulia.
Akademi Asshafy menawarkan kelas pengajian Al-Quran, Bahasa Arab dan Hafazan Al-Quran secara online serta bersemuka.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, program pengajian di Akademi Asshafy telah menarik penyertaan pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat dari Semenanjung Malaysia.
pilihan program
Di Akademi Asshafy, para pelajar boleh memilih dari 12 jenis kelas pengajian samada Al-Quran, Hafazan serta Bahasa Arab.
AKADEMI ASSHAFY
“Menghidupkan Al-Quran dan memahami bahasanya”
MENGAPA RAMAI MEMIlih AKADEMI ASSHAFY?
GURU BERPENGALAMAN
Tenaga pengajar di Akademi Asshafy Academy adalah terdiri dari pelbagai latar pendidikan tinggi serta berpengalaman.
PROGRAM FLEKSIBEL
Program yang ditawarkan adalah bersifat fleksibel serta mudah untuk diikuti. Pelajar boleh memilih samada ingin mengikuti kelas secara Online ataupun Bersemuka.
YURAN BERPATUTAN
Kadar yuran yang ditetapkan adalah berpatutan dibandingkan dengan kualiti ilmu serta pengajian yang ditawarkan.
TERBUKA UNTUK SEMUA
Kami menawarkan pelbagai jenis kelas pengajian yang sesuai untuk semua golongan serta peringkat umur.
SIJIL DISEDIAKAN
Para pelajar yang telah mengikuti kelas pengajian dengan jayanya akan dikurniakan sijil pengiktirafan dan akuan.

BERITA TERKINI
Ikuti pelbagai berita terkini, aktiviti yang dijalankan serta pengumuman terbaru dari Akademi Asshafy.
Alhamdulillah! Majlis Khatam Al-Quran & Qiraati 2024 Akademi Asshafy Berjalan Dengan Jayanya!
Alhamdulillah! Syukur di atas kejayaan Kem Pemantapan Al-Quran 7.0!
Halaqah Quran Ramadhan 1446H – ONLINE
Kelas Qiraati Online
Akademi Asshafy mempunyai guru khas dari negara Arab, khususnya Mesir, yang mengajar Al-Quran dan Bahasa Arab secara langsung. Guru-guru dari Malaysia pula berkelulusan Ijazah Pengajian Islam dan berpengalaman dalam mendidik pelajar. Gabungan ini menjamin pendidikan berkualiti tinggi.
Kelas mengaji secara fizikal mempunyai 3 cawangan:
Cawangan 1: Dewan Assyafie, Pasir Mas.
Cawangan 2: Taman Sri Jias, Pasir Mas.
Cawangan 3: Tingkat 2, Farmasi Muammar, Tendong, Pasir Mas.
Anda boleh memilih cawangan yang paling berdekatan dengan anda.
Kelas dalam talian menggunakan Google Meet. Peringatan dan pautan kelas akan diberikan setiap hari apabila terdapat kelas.
Ya, sijil akan diberikan kepada pelajar yang khatam Qiraati, Al-Quran, dan Bahasa Arab.
Ya, tenaga pengajar mempunyai kelayakan dalam bidang agama serta pengalaman mengajar Al-Quran kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
Ya, untuk kelas mengaji kanak-kanak dan dewasa secara dalam talian, anda boleh memilih hari dan masa yang sesuai dengan jadual anda.
Ya, boleh. Kami akan mengaturkan guru perempuan untuk anda.
Kelas yang dibatalkan pada saat akhir tidak akan diganti kerana guru telah menunggu. Namun, jika pembatalan dimaklumkan lebih awal, kelas akan diganti ke hari lain. Jadual kelas ganti akan ditetapkan mengikut waktu lapang guru.
Bayaran yuran perlu diselesaikan pada awal bulan atau bila-bila masa dalam tempoh sebulan kelas.
Tidak, bahan pengajaran untuk kelas disediakan oleh Akademi Asshafy. Anda tidak perlu membeli bahan tambahan kecuali dinyatakan sebaliknya.