AKADEMI ASSHAFY
BAHASA ARAB KOMUNIKASI 2

KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI 2
ONLINE & BERSEMUKA
Akademi Asshafy menawarkan Program Bahasa Arab Komunikasi (bersemuka dan dalam talian) dengan pendekatan yang interaktif dan komprehensif untuk mempelajari Bahasa Arab dengan mudah dan efektif.
SILIBUS PENGAJIAN
Program ini menggunakan buku Al Arabiyah Baina Yadaik, khusus untuk pelajar bukan penutur asli Bahasa Arab. Buku ini terkenal dengan pendekatan praktikalnya yang merangkumi:
- Kemahiran Mendengar: Teknik memahami percakapan guru secara efektif.
- Kemahiran Bertutur: Latihan berbicara dalam Bahasa Arab dengan lancar.
- Kemahiran Membaca: Pemahaman teks dan sebutan yang betul.
- Kemahiran Menulis: Panduan menulis dengan kaedah qawaid yang tepat.
KATA-KATA HIKMAH ULAMA TENTANG BAHASA ARAB
Umar bin Al-Khattab r.a. pernah berkata:
“Pelajarilah Bahasa Arab, kerana ia dapat memperkuatkan akal fikiran dan meningkatkan daya ingatan manusia.”
Imam Syafie berkata:
“Sesiapa yang berkemampuan untuk mempelajari Bahasa Arab, maka hendaklah dia mempelajarinya, kerana ia merupakan bahasa utama dan paling penting bagi seorang Muslim.”
Imam Hasan Abdul Rahman menasihati:
“Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang fasih, kerana ia merupakan salah satu tanda kebesaran Islam.”
JANGKA MASA PEMBELAJARAN BAGI SETIAP TAHAP
TAHAP 1:
Tahap ini merangkumi 4 unit pembelajaran. Setiap unit mengambil masa antara 6 hingga 8 jam untuk diselesaikan, dengan jumlah keseluruhan masa antara 15 hingga 30 jam. Waktu tambahan disediakan untuk pelajar melakukan latihan dan mengulang kaji.
TAHAP 2:
Dalam tahap ini, terdapat 8 unit yang perlu dipelajari. Setiap unit memerlukan antara 15 hingga 18 jam, menjadikan jumlah keseluruhan masa pembelajaran sekitar 120 hingga 140 jam. Masa tambahan turut diberikan untuk latihan intensif dan ulang kaji.
TAHAP 3:
Tahap ini juga terdiri daripada 8 unit, di mana setiap unit memerlukan antara 15 hingga 20 jam pembelajaran. Jumlah keseluruhan masa yang diperlukan adalah sekitar 120 hingga 160 jam, dengan waktu tambahan untuk pengukuhan dan latihan.
TAHAP 4:
Tahap terakhir ini mengandungi 8 unit pembelajaran, dengan setiap unit mengambil masa antara 20 hingga 25 jam. Keseluruhan masa pembelajaran adalah sekitar 160 hingga 200 jam, dengan waktu tambahan disediakan untuk memastikan pelajar lebih memahami melalui latihan dan ulang kaji.
JENIS-JENIS SIJIL
Pelajar akan menerima sijil penghargaan setelah berjaya menyelesaikan setiap peringkat pembelajaran.
KELEBIHAN PROGRAM
- Akses PERCUMA kepada rakaman video pembelajaran.
- Buku teks dan bahan rujukan lengkap disediakan.
- Sijil penghargaan diberikan setelah tamat setiap peringkat.
- Latihan intensif untuk menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
- Akses khas ke kumpulan sokongan pelajar untuk bertanya soalan kepada tenaga pengajar.
- Kelas diajar oleh tenaga pengajar berpengalaman, fasih dalam Bahasa Arab dan Melayu.
TENAGA PENGAJAR

Syeikh Abdelshafy (Mesir)
- Berpengalaman lebih 8 tahun mengajar bahasa Arab di Malaysia.
- Lulusan Ijazah dari Kuliah Pendidikan & Bahasa Arab dari Mesir.
- Memiliki Diploma Pendidikan Bahasa Arab
- Pakar dalam pengajaran Bahasa Arab kepada dewasa dan kanak-kanak.
KAEDAH PEMBELAJARAN
1.BELAJAR SECARA ONLINE
Pembelajaran secara ONLINE memberikan kebebasan dan fleksibiliti kepada anda untuk belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa, hanya dengan menggunakan peranti seperti komputer, laptop, tablet, atau telefon pintar.
Persediaan program untuk menyertai program ini, pelajar perlu:
- Memasang aplikasi yang diperlukan melalui Google Play Store, App Store, atau laman web rasmi aplikasi.
- Mengikuti panduan penggunaan aplikasi Zoom yang akan diajarkan oleh Akademi Asshafy untuk sesi kelas langsung.
- Menerima rakaman video atau audio kelas sebagai rujukan, sekiranya tidak dapat menghadiri kelas langsung pada waktu yang ditetapkan.
2.BELAJAR SECARA BERSEMUKA
Kelas secara bersemuka akan diadakan bertempat di Akademi Asshafy, Lot 826, No. 1A, Tingkat 2 (di atas Farmasi Muammar), Kg. Tok Buak, Tendong, 17030 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.
KADAR YURAN
INDIVIDU
ONLINE & BERSEMUKA- Masa : 30 Minit/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 kali sebulan (Minima)
- Tempoh : 10 Semester
- 1 semester : 4 - 5 bulan
- Yuran : RM80.00/sebulan
- -
INDIVIDU
ONLINE & BERSEMUKA- Masa : 1 jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- Kelas 4 kali sebulan (Minima)
- Tempoh : 5 Semester
- 1 semester : 4 - 5 bulan
- Yuran : RM200.00/semester
- -
BERKUMPULAN
ONLINE & BERSEMUKA- Masa : 1 jam/Kelas
- Pilihan 1 : Kelas Online (Live, Video & Audio)
- Pilihan 2 : Kelas Bersemuka
- 20 pelajar setiap kelas
- Kelas 4 kali sebulan (1 kali seminggu)
- Tempoh : 3 Semester
- 1 semester : 4 - 5 bulan
- Yuran : RM240.00/semester