Syukur ke hadrat Allah, Majlis Khatam Al-Quran & Qiraati 2024 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan jayanya di Dewan Seminar, Masjid Bandar Pasir Mas pada 18 Januari 2025.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran! Semoga ilmu yang diperoleh terus diamalkan dan menjadi cahaya dalam kehidupan.
Terima kasih kepada para ibu bapa, guru-guru, dan semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita dalam menghidupkan Al-Quran terus berpanjangan.
“Menghidupkan Al-Quran dan Memahami Bahasanya”




