Pada cuti sekolah akhir tahun yang lalu, Akademi Asshafy berjaya menganjurkan Kem Pemantapan Al-Quran 7.0*dengan penuh keberkatan dan semangat. Kem berlangsung selama 3 minggu, dari 19 Januari hingga 6 Februari 2025, dengan sesi 8:00 pagi – 2:00 petang dan 8:00 pagi – 5:00 petang.
Dengan izin Allah, seramai 100 orang pelajar telah menyertai kem kali ini! Menariknya, selain pelajar harian, terdapat juga pelajar lelaki dan perempuan yang menginap sepanjang kem berlangsung, menjadikan pengalaman mereka lebih bermakna dengan suasana pembelajaran yang lebih fokus dan mendalam.









Pencapaian membanggakan!
Ramai peserta berjaya menghafal dan memperbaiki bacaan Juz 30, serta meningkatkan keyakinan mereka dalam membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih.
Antara pengisian menarik dalam kem ini:
Talaqqi & Hafazan Al-Quran
Amali solat & tashih wudhu’
Asas Bahasa Arab
Aktiviti berkumpulan indoor & games yang menarik
Ceramah motivasi & makanan rohani
Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Jutaan penghargaan kepada para peserta, ibu bapa, asatizah, dan semua yang telah menyumbang tenaga serta doa dalam menjayakan kem ini.
Nantikan Kem Pemantapan Al-Quran 8.0 pada cuti sekolah akan datang!
Jangan lepaskan peluang untuk sertai sesi seterusnya dan rasai pengalaman pembelajaran Al-Quran yang lebih menarik dan bermanfaat.
“Menghidupkan Al-Quran dan memahami bahasanya”